KETERLIBATAN MURID DENGAN DADAH SEAWAL 7 TAHUN

Trend Dilihat Makin Meningkat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah


Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut mengesan murid seawal 11 tahun yang terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

Setakat Mac lalu, terdapat sebanyak 62,143 (51.2%) kes baharu daripada jumlah 121,170 kes penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Lebih mengejutkan lagi apabila sekitar 60% (72,684) individu yang terlibat adalah dari kalangan remaja dan belia.

Malah sebelum ini juga tular laporan mengenai dakwaan satu akaun TikTok menjual dadah dalam bentuk lolipop yang dikenali sebagai ‘party lollipops’. Perkara ini boleh menyebabkan dadah tersebut tidak dapat dikesan oleh ibu bapa yang menganggapnya sebagai gula-gula biasa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Ini Dakwa Ada Akaun Media Sosial Selamba Jual Dadah Dalam Bentuk Lolipop Di TikTok

Baca Artikel Berkaitan: 12 Anggota Polis Positif Dadah Di Pusat Hiburan Digantung Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Guna Dron Seludup Dadah Ke Penjara, Kantoi Bila Dron Jatuh Terhempas


Murid Seawal 11 Tahun Jadi Penagih Dadah

Terbaharu, statistik oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan peningkatan dalam kes penyalahgunaan dadah oleh murid dan pelajar sekolah dari 2020 hingga 2023.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok, kes penyalahgunaan dadah oleh murid sekolah rendah pada tahun 2020 adalah sebanyak 10,456, yang meningkat kepada 10,712 kes pada 2021.

Trend yang membimbangkan ini dilihat berterusan apabila angka tersebut meningkat ke 11,611 pada 2022 dan 12,755 tahun lepas, peningkatan tertinggi dalam tempoh empat tahun.

Tambah Khairul Anwar, rekod AADK mengesan murid seawal 11 tahun yang telah menjadi penagih dadah.

Sumber data: AADK

Peratus Peningkatan Kes Penagihan Dadah Pelajar Menengah Rendah Menurun Sejak 2020

Berdasarkan perkongsian Khairul Anwar, kes penagihan dadah turut meningkat bagi tempoh empat tahun tersebut dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Bagi kategori pelajar sekolah menengah rendah iaitu Tingkatan Tiga atau setaraf, terdapat sebanyak 32,867 pelajar terbabit dengan isu penyalahgunaan dadah pada 2020.

Jumlah ini meningkat kepada 34,612 pelajar pada 2021, 36,236 pada 2022 dan 37,231 pada 2023.

Merujuk kepada data, peratus peningkatan kes penagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah semakin menurun dari 2020 ke 2023.

Sumber data: AADK

Kategori Menengah Atas Catat Lebih 16% Peningkatan Kes Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2023

Trend lebih menggusarkan dapat dilihat bagi kategori pelajar sekolah menengah atas iaitu Tingkatan Lima dan setaraf, apabila sebanyak 55,855 kes direkodkan bagi tahun lepas.

Ini menunjukkan peningkatan lebih 16% berbanding jumlah 47,951 pada 2022 dan tertinggi dalam tempoh empat tahun.

Khairul Anwar berkata kes penyalahgunaan dadah meningkat dari 42,758 pada 2020 ke 43,863 pada 2021 sebelum itu.

Sumber data: AADK

AADK Jalankan Kempen ‘Lebih Baik Cegah’

Dalam pada itu, Khairul Anwar menegaskan bahawa pihaknya mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi isu tersebut.

Jelasnya, AADK menjalankan usaha pencegahan menerusi Model i-Cegah yang meliputi lima elemen yakni saringan dan penilaian, pemprofilan, perancangan dan pelaksanaan.

Khairul Anwar berkata pihaknya sedang memperhebatkan kempen ‘Lebih Baik Cegah’ dalam usaha menjadikan pencegahan awal sebagai benteng utama sebelum kes penyalahgunaan dadah menjadi lebih parah.

ADKK dalam masa sama menetapkan sasaran dadah terkawal menjelang tahun 2025, iaitu sebanyak 400 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Post a Comment

0 Comments